Panjang rangkaian lebuh raya Republik Rakyat China cecah 199,000km

22 Jul 2026 - 9:01am

BEIJING, 21 Julai. - Panjang rangkaian lebuh raya di Republik Rakyat China telah berkembang kepada 199,000 kilometer (km) sepanjang tempoh Rancangan Lima Tahun Ke-14 (2021–2025), lapor Xinhua yang memetik Naib Menteri Pengangkutan Xu Chengguang dalam satu sidang media pada Selasa.

Xu memaklumkan bahawa rangkaian kereta api kelajuan tinggi beroperasi di Republik Rakyat China kini telah melebihi 50,000km, manakala jumlah keseluruhan lapangan terbang pengangkutan mencapai 270.

Republik Rakyat China juga telah mewujudkan rangkaian pos terbesar di dunia dari segi skala dan jumlah penerima manfaat, kata Xu. - ©BERNAMA