Gempa bumi 5.0 skala Richter gegar timur Republik Türkiye

19 Jul 2026 - 8:46am

HAMILTON (KANADA), 18 Julai. - Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Malatya di timur Republik Türkiye awal Sabtu, lapor Anadolu Ajansi memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Menurut AFAD, gempa berlaku pada 6.20 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa dikesan di daerah Battalgazi pada kedalaman 15.59 kilometer.

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan termasuk Elazig, Adiyaman, Tunceli dan Sanliurfa.

AFAD memaklumkan tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini.

Menteri Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim Murat Kurum menerusi platform media sosial Republik Türkiye, NSosyal berkata: "Susulan gempa bumi di Battalgazi, setakat ini tiada sebarang perkembangan buruk dilaporkan, namun kami sedang menilai semua laporan yang diterima". - ©BERNAMA