New Zealand lancar Dasar Angkasa Negara

31/05/2023

WELLINGTON, 31 Mei. - New Zealand melancarkan Dasar Angkasa Negara sebagai 'lonjakan besar' dalam perjalanan negara itu untuk terus meneroka sektor angkasa lepas, lapor Xinhua.

 

“Sektor angkasa kita berkembang pesat. Setiap tahun, New Zealand menjadi tempat yang semakin menarik untuk pelancaran, pembuatan teknologi berkaitan angkasa dan menjalankan sains dan penyelidikan angkasa," kata Menteri Pembangunan Ekonomi Barbara Edmonds.

 

Beliau berkata pelancaran dasar itu menyediakan gambaran yang jelas mengenai kepentingan angkasa lepas New Zealand kepada dunia.

 

Dasar itu mengenal pasti pengawasan, inovasi, tanggungjawab dan perkongsian sebagai nilai utama untuk sektor angkasa lepas New Zealand dan dengan memanfaatkan nilai-nilai ini akan memberi maklumat mengenai interaksi berkaitan angkasa, pembentukan dasar dan strategi dalam kalangan kerajaan.

 

Beliau berkata dasar itu bertujuan untuk mengembangkan sektor angkasa yang inovatif dan inklusif, melindungi dan memajukan keselamatan negara dan kepentingan ekonomi New Zealand.

 

Selain itu, ia juga berperanan bagi mengawal selia untuk memastikan aktiviti angkasa lepas yang selamat dan terjamin, menggalakkan penggunaan angkasa yang bertanggungjawab di peringkat antarabangsa dan menjadikan model angkasa lepas dan persekitaran bumi yang mampan, katanya. - ©BERNAMA-XINHUA

​ 


Attachments