Presiden Xi mahu Beijing terajui bidang sains dan teknologi

26/05/2023

LANGKAWI, 26 Mei. - Syarikat industri pertahanan Turkiye Titra Technology  menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik dengan penyedia penyelesaian dron yang berpangkalan di Malaysia Aerodyne Group untuk pengenalan helikopter tanpa pemandu pertama Turkiye, Alpin, ke pasaran Malaysia.

 

Titra mengambil bahagian dalam edisi ke-16 Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23), satu pameran maritim dan aeroangkasa paling penting di rantau Asia Pasifik, yang diadakan di pulau peranginan Langkawi dari 23-27 Mei.

 

Acara dwitahunan bertemakan "Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia " disertai oleh lebih 525 peserta pameran, termasuk 140 syarikat daripada industri pertahanan, 101 syarikat daripada sektor komersial dan 284 syarikat daripada kedua-dua sektor.

 

Menurut Agensi Anadolu, Titra menandatangani perjanjian dengan Aerodyne Group, penyedia perkhidmatan dron terkemuka dunia, sebagai sebahagian daripada pameran itu.

 

“Perkongsian eksklusif akan diwujudkan antara Aerodyne Group dan Titra, yang terkenal dengan kepakaran kukuh dalam teknologi sistem tanpa pemandu dan keupayaannya untuk menyampaikan penyelesaian inovatif," tambahnya.

 

Kerjasama strategik yang pada awalnya tertumpu kepada pasaran Malaysia, kemudiannya akan berkembang ke pasaran global.- ©BERNAMA​


Attachments