2 remaja serah diri selepas kebakaran di Sydney

26/05/2023

SYDNEY, 26 Mei. - Polis di negeri New South Wales (NSW) Australia mengesahkan pada Jumaat bahawa dua pelajar sekolah berusia 13 tahun menyerah diri berhubung kebakaran besar yang memusnahkan bangunan di tengah Sydney, lapor Xinhua.

 

Pemangku polis NSW Asisten Komisioner Paul Dunstan berkata dua remaja itu menyerah diri di dua balai polis pada lewat malam Khamis dan kini membantu siasatan polis.

 

"...Terdapat tiga atau empat lagi remaja semasa kebakaran itu," katanya pada sidang media.

 

Beliau meminta mereka tampil bersama ibu bapa masing-masing.

 

Sementara itu, Pemangku Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat NSW Jeremy Fewtrell turut memberi taklimat kepada pemberita mengenai perkembangan terkini berhubung kebakaran besar yang berlaku di bangunan bertingkat di Surry Hills kira-kira 4 petang waktu tempatan (0600 GMT) pada Khamis.

 

"Dua bangunan yang terlibat dalam kebakaran itu rosak teruk menyebabkan runtuhan struktur dan kerja memadam api agak mencabar...,'' katanya.- ©BERNAMA​


Attachments