Perjanjian mengenai siling hutang AS hampir dicapai

28/05/2023

WASHINGTON, 28 Mei. - Anggota Republikan Dewan Amerika Syarikat (AS) hampir mencapai persetujuan dengan Rumah Putih untuk menaikkan siling hutang AS bagi mengelak kemungkinan 'default', lapor Sputnik memetik laporan media.

 

Speaker Dewan Perwakilan AS Kevin McCarthy berkata pada Sabtu bahawa rundingan antara Rumah Putih dan Republikan hampir mencapai kesepakatan, tetapi "belum selesai."

 

"Republikan mempunyai perjanjian pada dasarnya dengan Rumah Putih mengenai perjanjian had hutang," kata penganalisis politik NBC News Jake Sherman di Twitter pada Sabtu.

 

NBC News melaporkan bahawa Presiden Joe Biden bercakap dengan McCarthy melalui panggilan telefon malam Sabtu dan Republikan dijangka melakukan sekurang-kurangnya satu panggilan pada waktu malam untuk memberi taklimat kepada ahli tentang kemungkinan perjanjian yang bakal dimeterai.- ©BERNAMA


Attachments