Buku Presiden Xi Jinping edisi bahasa Inggeris dilancarkan di Kuala Lumpur

28/05/2023

KUALA LUMPUR, 28 Mei. - Majlis pelancaran "Xi Jinping Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era: Questions and Answers" edisi bahasa Inggeris berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-40 pada Sabtu, lapor Xinhua.

 

Buku ini memuatkan pemikiran Xi Jinping tentang Sosialisme dengan ciri-ciri Cina bagi era baharu dengan cara yang komprehensif menggunakan format soal jawab serta ilustrasi yang jelas dan bahasa yang mudah difahami.

 

Edisi bahasa Inggeris diterbitkan melalui kerjasama antara People's Publishing House dan Xuexi Press of China serta GBD Books India, yang menyasarkan pelbagai negara di seluruh dunia.

 

Ia membantu masyarakat antarabangsa memahami secara menyeluruh idea-idea serta pemikiran pemimpin dunia itu.- ©BERNAMA


Attachments