Jawa Barat : Tiga anggota polis cedera angkara pengebom bunuh diri

07/12/2022


JAKARTA, 7 Dis. - Sekurang-kurangnya tiga anggota polis cedera dalam insiden letupan di balai polis di Jawa Barat pagi ini.


Menurut laporan media tempatan, kejadian itu dipercayai angkara perbuatan pengebom bunuh diri yang berlaku pada 8.20 pagi di pintu masuk balai polis di Jalan Astana Anyar, Bandung.


Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.


Siasatan masih dijalankan dan polis telah mengepung kawasan berkenaan. - ©BERNAMA



Attachments