England tewaskan Senegal, mara ke suku akhir piala dunia

05/12/2022


ANKARA, 5 Dis. - England menewaskan Senegal 3-0 pada Ahad dalam perlawanan Pusingan 16 sebelum melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022, lapor Agensi Anadolu.

 

Jordan Henderson berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk England pada minit ke-38 dibantu Jude Bellingham.

 

Sementara itu, bintang England Harry Kane menjaringkan gol pertamanya di Qatar 2022 pada separuh masa pertama menerusi serangan balas.

 

The Three Lions mendahului separuh masa pertama 2-0 di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar.

 

Pada minit ke-57, pemain sayap England, Bukayo Saka menghadiahkan gol penyudah jarak dekat selepas dibantu Phil Foden.

 

England dijadual menentang Perancis pada Sabtu di Stadium Al Bayt. -©BERNAMA



Attachments