IMAM Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali Radiallahuanhu katanya : "Apabila tiba malam pertengahan Syaaban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman : "Sesiapa yang memohon keampunan maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu ... adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah Subhanahu Wata'ala) sehinggalah terbitnya fajar Subuh".