PADA malam Pemasyhuran Kemerdekaan 1984, Kebawah Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan berkenan memimpin
rakyat dan penduduk yang hadir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien
seruan 'Allahu Akbar' sebanyak tiga kali sebagai tanda kesyukuran atas
kemerdekaan penuh Negara Brunei Darussalam. Serentak itu, lampu-lampu di
sekitar taman tersebut dinyalakan dan 21 das meriam dilepaskan. Watikah
pemasyhuran Kemerdekaan dibawa masuk untuk disembahkan ke hadapan majlis
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam dengan diiringi oleh 32 orang pembawa Alat-Alat
Kebesaran Diraja.
SUMBER : Semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 1984-2015