Ruj. Tahukah Awda? 14/01/2023

14/01/2023

SEKOLAH Rendah Pusar Ulak mula dibina pada tahun 1965 dengan perbelanjaan lebih kurang dua juta ringgit Brunei. Sekolah ini terletak di Jalan Dato Basir, Bandar Seri Begawan, Mukim Kianggeh. Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang menonjolkan reka bentuk moden di negara ini. Sekolah ini mula beroperasi pada 25 Januari 1967. Guru Besar yang pertama ialah Pengiran Besar bin Pengiran Haji Ahmad (1967-1969). 


SUMBER : Pusaka, Bil. 23


Attachments