Ruj. Tahukah Awda? 31/12/2022

31/12/2022

DALAM usaha Kementerian Kesihatan meningkatkan lagi penjagaan kesihatan asasi yang lebih komprehensif, berkualiti tinggi dan berkesan kepada seluruh penduduk dan rakyat di negara ini, perkhidmatan pesakit luar yang selama ini beroperasi di Rumah Sakit RIPAS telah dipindahkan ke Pusat-Pusat Kesihatan mulai 1 Jun 2000. Sebanyak tujuh buah Pusat Kesihatan telah ditubuhkan. Dengan adanya penempatan pusat-pusat kesihatan ini, matlamat Kementerian Kesihatan untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan perubatan yang dekat dan mudah serta cekap, efisien dan sempurna akan tercapai. 


SUMBER : Buku Sambutan Hari Kebangsaan Ke-17 Negara Brunei Darussalam.

Attachments