Ruj. Tahukah Awda? 24/12/2022

24/12/2022

UNTUK pertama kalinya Negara Brunei Darussalam telah menjadi tuan rumah kepada sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-20 yang diadakan pada 7-15 Ogos 1999 di Bandar Seri Begawan. Pencapaian yang membanggakan negara dalam sukan tersebut ialah Negara Brunei Darussalam memperoleh sebanyak 4 pingat emas, 12 pingat perak dan 13 pingat gangsa menerusi acara seni silat dan sukan yang lain. Majlis perasmian dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Awang Budiman merupakan maskot rasmi Sukan SEA 1999. 


SUMBER : Buku Sambutan Hari Kebangsaan Ke-17 Negara Brunei Darussalam

Attachments