Ruj. Tahukah Awda? 19/11/2022

19/11/2022

TREK laluan Bukit Markucing mula dibuka kepada orang ramai pada 9 Februari 2004 dan sejak itu terus menjadi perhatian orang ramai dan pihak penganjur bagi acara-acara lasak seperti Cabaran Bukit Markucing. Taman Rekreasi Bukit Markucing terletak di kawasan Simpang 527 Kampung Belimbing dan juga boleh dilalui dari Taman Riadah Tasik Sarubing. Taman rekreasi ini berada pada ketinggian 165 meter dari aras laut yang dilengkapi dengan jalan trek laluan sejauh 3.5 kilometer dan 4.7 kilometer dan mengambil masa sekitar 50 minit hingga 60 minit untuk diterokai. 


SUMBER : Satu Kampung Satu Produk.

Attachments