Ruj. Tahukah Awda? 29/10/2022

29/10/2022

SEJARAH pendidikan di Negara Brunei Darussalam tercipta lagi dengan penubuhan Pusat Tingkatan Enam (PTE) dengan pengambilan pertama seramai 245 pelajar. Pada tahun 1976, kumpulan pertama aliran Melayu seramai 26 orang dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 1979, PTE kemudian berpindah dan mempunyai bangunan sendiri di Gadong dengan keluasan 88 ekar dengan menelan belanja lebih 26 juta ringgit. 


SUMBER : Raja Melakar Sejarah.

Attachments