MELALUI satu Memorandum Commissioner of Police,
Brunei yang ditujukan kepada The State Secretary,
Brunei, Ref:BP.1/28/3 bertarikh 1 Disember 1960 dengan
tajuk FIRE SERVICES ada menyebutkan mengenai sejarah
penubuhan awal Pasukan Bomba pada 1 Januari 1960 dengan
rasminya ditubuhkan sebagai sebuah jabatan yang berasingan
daripada Pasukan Polis. Anak tempatan yang pertama
menjawat jawatan Pengawal Pasokan Bomba ialah Dato
Paduka Awang Haji Yaakob bin Haji Mohd. Yussof. Pada 9
November 1987 nama Pasokan Bomba ditukar kepada Jabatan
Perkhidmatan Bomba dan seterusnya 9 Mac 2006 nama
Jabatan Perkhidmatan Bomba ditukar kepada Jabatan Bomba
dan Penyelamat.
SUMBER : www.fire-rescue.gov.bn