BERJANAWARI bermaksud Lumba Perahu Berkayuh. Ia merupakan temasya
sukan di air bagi merayakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan sekarang
lebih dikenali sebagai Regatta Brunei Darussalam. Mengikut sejarahnya, Berjanawari
bermula semasa Patih Berbai diperintahkan oleh Awang Alak Betatar mencari kawasan
yang sesuai untuk dibuat negeri. Setelah memperoleh satu kawasan di Sungai Brunei,
mereka pun pulang ke Garang. Semasa perjalanan pulang dengan perasaan gembira,
mereka berlumba untuk sampai ke rumah masing-masing.
SUMBER : Kenali Negara Kita, Haji Sulaiman Haji Duraman, 2009.