Ruj. Tahukah Awda? 05/11/2022

05/11/2022

TAMAN Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah dibina sekitar tahun 2004. Taman tersebut terletak di tebing Sungai Kedayan berhampiran padang Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan jalan menuju ke kompleks perniagaan, Kiulap. Didirikan di atas tapak berkeluasan 5 hektar, kawasan Kampung Tungkadeh. Taman tersebut dibukakan sempena Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Menaiki Takhta. Ia merupakan pesambah kekal daripada rakyat dan penduduk Daerah Brunei Muara. Dahulunya taman tersebut hanya didirikan tugu dan air pancut. Kini kawasan sekitarnya dijadikan tempat riadah dan trek joging serta dilengkapi dengan kawasan permainan kanak-kanak. 


SUMBER : Kenali Negara Kitani Tempat-Tempat Eksotik​

Attachments