PADA tahun 1921 sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) untuk
menjaga kebersihan dan memberi perkhidmatan kepada kawasan
perbandaran telah ditubuhkan. Lembaga Kebersihan ditukar nama kepada
Lembaga Bandaran pada tahun 1953. Sebelum tahun 1953, Lembaga Kebersihan
dan Lembaga Bandaran dipengerusikan oleh Residen British dan penolongnya.
Bermula tahun 1959, Pegawai Daerah Brunei dan Muara menjadi Ketua Jabatan
mempengerusikan Lembaga Bandaran. Pada tahun 1972, Jabatan Bandaran,
Bandar Seri Begawan dijadikan satu jabatan tersendiri yang diketuai oleh
Pengerusi Lembaga Bandaran.
SUMBER : Buku Kenang-Kenangan Sempena Memperingati 100 Tahun
(1906-2006) Pembangunan Bandar di Darat