Ruj. Tahukah Awda? 20/08/2022

20/08/2022

JAMBATAN Rasau telah mula dibuka kepada orang ramai bermula 1 April 2000 dengan dikenakan tol bagi yang menggunakan kenderaan ke Jambatan Rasau. Sebuah pondok tol disediakan berdekatan dengan pondok kawalan yang ada pada masa ini terletak di persimpangan Jalan Lencongan Seria dan Jalan Lencongan Kuala Belait (Jalan Rasau). Pengutipan tol tersebut dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan. Walau bagaimanapun penduduk-penduduk Kampung Sungai Teraban dan Kawasan Sungai Dua dikecualikan daripada membayar tol. Kenderaan kerajaan yang menjalankan urusan rasmi dan kenderaan yang digunakan untuk kecemasan juga dikecualikan daripada membayar tol. 

SUMBER : Pelita Brunei, Aneka 19 April 2000


Attachments