Ruj. Tahukah Awda? 25/06/2022

25/06/2022

SATU perkhidmatan telefon yang menghubungkan Brunei dengan Persekutuan Tanah Melayu telah dibuka pada 22 Januari 1962. Perkhidmatan telefon tersebut boleh digunakan selama satu jam pada tiap-tiap hari kecuali pada hari minggu, mulai dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi. Perkhidmatan tersebut juga mengenakan bayaran sebanyak $12.90 bagi tiap-tiap tiga minit. Sekiranya satu perhubungan telefon dibatalkan maka bayaran yang dikenakan ialah sebanyak $1.20.


SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Rabu, 7 Februari 1962.


Attachments