Ruj. Tahukah Awda? 18/06/2022

18/06/2022

UPACARA pembukaan rasmi Minggu Bahasa telah berlangsung pada 10 April 1961 di tanah lapang di hadapan bangunan Jabatan Kerajaan, Bandar Brunei, sebagai bermulanya pelancaran langkah menggalakkan pemakaian bahasa Melayu. Lebih daripada 5,000 orang yang terdiri daripada penduduk-penduduk negara Brunei mengambil bahagian dan menyaksikan upacara tersebut. Perarakan yang berjumlah 44 pasukan dalam upacara tersebut terdiri daripada murid-murid sekolah Melayu Bandar Brunei dan sekolah-sekolah Melayu luar bandar, Maktab SOAS, sekolah China dan Misi, Maktab Perguruan Melayu Brunei, orang China dan India, dan Jabatan Laut Brunei telah berjalan melalui jalan-jalan Bandar Brunei. 


Sumber : Pelita Brunei Edisi Rabu, 19 April 1961

Attachments