Ruj. Tahukah Awda? 23/04/2022

23/04/2022

KENDERAAN X-Ray bergerak buat pertama kali digunakan bagi Kempen X-Ray di kawasan-kawasan perkampungan. Kenderaan tersebut yang bernilai lebih dari $175,000 dan dilengkapkan dengan mesin penggambaran dengan penggunaan alat generator mula digunakan pada 11 Februari 1981 dalam usaha melancarkan gerakan X-Ray bagi pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan dari 25 jabatan kerajaan. Kenderaan tersebut juga diharap akan lebih melicinkan lagi usaha-usaha mengesan dan mengawal penyakit batuk kering dari merebak.


SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Rabu, 13 Mei 1981.

Attachments