Jaga hubungan dengan Allah



Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman





BUNUT, Sabtu, 3 Februari. - Pelajar yang cemerlang akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah Subhanahu Wata'ala dan seterusya dengan ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan.


Perkara itu antara inti pati ceramah motivasi bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun ini yang disampaikan oleh Pengasas Bersama Al -Minhaj, Awang Hilman bin Haji Salim pada Majlis Ceramah Motivasi dan Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang PSR Tahun 2017 di Bilik Perpustakaan Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut Kluster 2, di sini.


Beliau juga mengingatkan para pelajar agar sentiasa menjaga solat selain berusaha dan mengatur masa mereka sendiri.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Dato Paduka Haji Suni bin Haji Idris.


Sementara itu, salah seorang pelajar cemerlang PSR Tahun 2017, Awang Mohd. Adam Iman bin Haji Mohamad berkata, kejayaan yang dicapai dalam Peperiksaan PSR tahun lepas adalah berkat usaha dan dorongan keluarga serta kawan-kawan.


Majlis tersebut dikendalikan bersama oleh Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung  (MPK) Bunut Perpindahan, MPK Tasek Meradun - Bunut dan MPK Madewa - Telanai dengan tujuan untuk menyuntik semangat para pelajar dalam menghadapi Peperiksaan PSR Tahun 2018.



Close