Berbasikal 'Hujung Minggu di Tanjong Maya' meriah



Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 



 

TUTONG, Ahad, 31 Disember. - Lebih 50 peserta menyertai acara berbasikal 'Hujung Minggu di Tanjong Maya' yang berlangsung di Taman Warisan Kampung Tanjong Maya.

 

Pelepasan acara anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanjong Maya itu disempurnkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong selaku tetamu kehormat.

 

Aktiviti berbasikal sejauh 3km itu bermula dari Taman Warisan Kampung Tanjong Maya dan berakhir di Taman Rekreasi Talun Kampung Tanjung Maya.

 

Dalam pada itu, beberapa aktiviti sampingan juga telah disusun oleh MPK Tanjong Maya bagi kunjungan orang ramai dan penduduk kampung berkenaan, antaranya jungle tracking, mountain bike dan lawatan ke pokok-pokok herba serta melihat flora dan fauna di taman berkenaan bagi memeriahkan lagi acara 'Hujung Minggu Tanjong Maya'.

 

Juga hadir, Ketua Kampung Tanjong Maya, Awang Haji Mohd. Suif bin Md. Yussuf selaku Pengerusi Majlis dan penduduk kampung tersebut.



Close