Berangkat sertai The Alpha Obstacle Challenge 2017



Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor / Morshidi

 



 

BERAKAS, Ahad, 31 Disember. - Dalam sama-sama memeriahkan Festival Disember Brunei 2017 yang telah memasuki hari terakhir, D'Sunlit Sendirian Berhad telah menganjurkan The Alpha Obstacle Challenge 2017 yang berlangsung di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, di sini.

 

Berangkat menyertai The Alpha Obstacle Challenge 2017 ialah paduka-paduka anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang menyertai Kategori 2 Kilometer.

 

Acara pelepasan disempurnakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, selaku tetamu kehormat.

 

Terdahulu dalam sembah alu-aluan Pengarah Urusan D'Sunlit Sendirian Berhad, Awang Jackson Ting, kejohanan tersebut tidak hanya akan mencabar kekuatan fizikal malah turut mencabar kekuatan mental.

 

Lebih 500 peserta bersaing dalam kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan.

 

Juga hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohd. Ali dan para pegawai dari Jabatan Kemajuan Pelancongan.



Close