Penutupan sementara jeti, laluan menuju kawasan Kianggeh



Siaran Akhbar : Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam

 



 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Disember. - Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam mengingatkan kepada pelaut-pelaut terutama kepada para pemandu bot tambang bahawa penutupan sementara jeti Kianggeh dan laluan menuju ke kawasan Tamu Kianggeh adalah disebabkan oleh isu-isu keselamatan.

 

Ini termasuklah kawasan Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan berdekatan dengan Musholla Haji Abbas Sulaiman dan menuju ke jeti Kianggeh.

 

Jeti berdekatan Musholla Haji Abbas Sulaiaman adalah dengan ini ditutup buat sementara waktu dan orang ramai diminta untuk menggunakan jeti-jeti lain.

 

Selain itu, laluan air menuju ke Tamu Kianggeh juga ditutup buat sementara waktu.

 

Sehubungan itu, para pelaut adalah diingatkan untuk sentiasa memakai jaket keselamatan; memandu bot dengan perlahan dan berhati-hati serta berwaspada terhadap pengaruh cuaca, ombak juga angin pada bot masing-masing.



Close