4WD meriahkan acara Hujung Minggu Tanjong Maya



Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim \ Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 




TUTONG, Sabtu, 30 Disember. - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanjong Maya mengadakan acara 'Hujung Minggu di Tanjong Maya' bermula hari ini bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung berkenaan.

 

Salah satu acara sampingan di bawah acara tersebut ialah Kereta Pacuan Empat Roda (4WD) selama sehari berlangsung di kampung tersebut.

 

Ketua Kampung Tanjong Maya, Awang Haji Mohd. Suif bin Md. Yussuf semasa ditemu bual menjelaskan tujuan acara 4WD itu adalah bagi mengumpulkan penduduk Kampung Tanjong Maya pada hujung minggu, di samping sebagai salah satu projek Kenali Kampung Kitani (KNK).

 

Mengetuai rombongan 4WD itu ialah Ahli MPK Tanjong Maya, Awang Irwan bin Haji Abang.

 

Rombongan 4WD memulakan perjalanan dari Dewan Kemasyarakatan Kampung Tanjong Maya menuju ke Pasir Putih di kawasan kampung tersebut termasuk tempat latihan 4WD di Pasir Putih, diikuti dengan menyusuri kampung dan konvoi yang berakhir di Taman Rekreasi Talun, Kampung Tanjung Maya.

 

Semasa berada di taman tersebut, rombongan 4WD digalakkan untuk mengikuti aktiviti sampingan yang telah disediakan oleh MPK Tanjong Maya, antaranya 'jungle tracking', 'mountain bike' dan lawatan ke pokok-pokok herba serta melihat flora dan fauna sekitar taman berkenaan.



Close