Operasi Sepadu Tahun Baharu sasarkan lapan lokasi



Oleh : Nooratini Haji Abas \ Foto : Azmah Haji Ahad

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Disember. - Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) berserta Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melaksanakan Operasi Sepadu Tahun Baharu malam ini.

 

Operasi Sepadu bagi Daerah Brunei dan Muara diketuai oleh Pemangku Ketua Bahagian Operasi dan Penguatkuasa, DSP Awang Hamri Aslan bin Haji Abu Hanafiah dan Ketua Unit Penguatkuasa JSKLL, ASP Pengiran Omar Ali bin Pengiran Manshor.

 

Operasi yang menyasarkan sebanyak lapan buah lokasi tersebut bermula jam 10.00 malam yang menumpukan di kawasan Lebuhraya Jerudong menuju Bukit Shahbandar, Lebuhraya menghala ke Bandar Seri Begawan, Jalan Raya Gadong, Jalan Jerudong, Jalan Mabohai, Jalan Utama Berakas dan Bandar Seri Begawan.

 

Operasi bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna-pengguna jalan raya mengenai undang-undang negara termasuk undang-undang berhubung kastam. Secara am menunjukkan keberadaan Agensi-agensi Penguatkuasa Undang-undang (Law Enforcement Agencies).

 

PPDB menasihatkan kepada orang ramai supaya akan sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan diambil tindakan undang-undang ke atas mereka.



Close