''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Berzikirlah mengingati Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang mengurniakan rahmat kepada kamu dan malaikat-malaikat-Nya pula (berdoa memohonkan ampun bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu daripada kekhilafan-kekhilafan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan Dia adalah Maha Pengasih kepada orang-orang yang beriman''. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam terjemahan makna ayat ayat Surah Al-Ahzab ayat 41-43.
ADALAH menjadi satu kesalahan di bawah Bab (4) dan Akta Anjing Penggal 60, jika pemilik anjing gagal mendaftarkan anjing-anjing peliharaan, mereka boleh dijatuhkan hukuman denda BND250 atau 14 hari penjara bagi kesalahan pertama, bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh dijatuhi hukuman denda BND500 atau sebulan penjara. Bagi pemilik berdaftar yang mempunyai lencana anjing tetapi tidak dikalungkan pada anjing tersebut jugs boleh dikenakan denda BND250 atau sebulan penjara bagi yang tidak berbuat demikian. Pemilik anjing peliharaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anjing-anjing peliharaan mereka untuk sentiasa berada di dalam kawasan rumah sahaja sama ada di kandang / sangkar atau ditambat.
SUMBER : https://www.moha.gov.bn/
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam