Ruj. Tahukah Awda? 03/09/2022

03/09/2022

TUGU peringatan Brunei-Australia dibina sekitar tahun 2010 yang terletak di Taman Rekreasi Pantai Muara, belakang Dewan Gerakan Badan Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara. Tugu ini dibina daripada bahan konkrit dan jubin. Ia dibina bersempena memperingati pendaratan Tentera Australia dalam Perang Dunia Kedua di negara ini. Tugu tersebut dirasmikan bersama oleh Yang Berhormat Pehin Dato Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dengan Tuan Alan Griffin, Australian's Minister for Veteran Affairs. 


SUMBER : Kenali Negara Kitani, Tempat-tempat Eksotik, Haji Adanan Haji Abd. Latiff. 

Attachments