Ruj. Tahukah Awda? 22/10/2022

22/10/2022

MELALUI satu Memorandum Commissioner of Police, Brunei yang ditujukan kepada The State Secretary, Brunei, Ref:BP.1/28/3 bertarikh 1 Disember 1960 dengan tajuk FIRE SERVICES ada menyebutkan mengenai sejarah penubuhan awal Pasukan Bomba pada 1 Januari 1960 dengan rasminya ditubuhkan sebagai sebuah jabatan yang berasingan daripada Pasukan Polis. Anak tempatan yang pertama menjawat jawatan Pengawal Pasokan Bomba ialah Dato Paduka Awang Haji Yaakob bin Haji Mohd. Yussof. Pada 9 November 1987 nama Pasokan Bomba ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan seterusnya 9 Mac 2006 nama Jabatan Perkhidmatan Bomba ditukar kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat. 


SUMBER : www.fire-rescue.gov.bn

Attachments