Ruj. Tahukah Awda? 15/10/2022

15/10/2022

DENGAN kuasa yang telah diperuntukkan dalam Perintah Darurat (Pencegahan Rasuah) 1981, Biro Mencegah Rasuah (BMR) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1982. Berikutan dengan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1984, Undang-undang Negara Brunei Darussalam telah disusun semula dan Perintah Darurat (Pencegahan Rasuah), 1981 telah dipinda dan sekarang dikenali sebagai Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131). Semenjak penubuhannya pada 1 Februari 1982, matlamat utama Biro Mencegah Rasuah adalah untuk membasmi dan menghapuskan rasuah serta membawa mereka yang terlibat dalam rasuah ke muka pengadilan. 


SUMBER : Rasuah : Pengertian, Kesan dan Akibatnya Menurut Syara' dan Undang-Undang

Attachments