Ruj. Tahukah Awda? 08/10/2022

08/10/2022

BERJANAWARI bermaksud Lumba Perahu Berkayuh. Ia merupakan temasya sukan di air bagi merayakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan sekarang lebih dikenali sebagai Regatta Brunei Darussalam. Mengikut sejarahnya, Berjanawari bermula semasa Patih Berbai diperintahkan oleh Awang Alak Betatar mencari kawasan yang sesuai untuk dibuat negeri. Setelah memperoleh satu kawasan di Sungai Brunei, mereka pun pulang ke Garang. Semasa perjalanan pulang dengan perasaan gembira, mereka berlumba untuk sampai ke rumah masing-masing. 


SUMBER : Kenali Negara Kita, Haji Sulaiman Haji Duraman, 2009.


Attachments