Ruj. Tahukah Awda? 12/11/2022

12/11/2022

PADA tahun 1921 sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) untuk menjaga kebersihan dan memberi perkhidmatan kepada kawasan perbandaran telah ditubuhkan. Lembaga Kebersihan ditukar nama kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1953. Sebelum tahun 1953, Lembaga Kebersihan dan Lembaga Bandaran dipengerusikan oleh Residen British dan penolongnya. Bermula tahun 1959, Pegawai Daerah Brunei dan Muara menjadi Ketua Jabatan mempengerusikan Lembaga Bandaran. Pada tahun 1972, Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan dijadikan satu jabatan tersendiri yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Bandaran. 


SUMBER : Buku Kenang-Kenangan Sempena Memperingati 100 Tahun (1906-2006) Pembangunan Bandar di Darat

Attachments