Ruj. Tahukah Awda? 09/07/2022

09/07/2022

IBADAH korban secara bermajlis telah ditunaikan setiap tahun sejak tahun 1997 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis tersebut berlangsung di perkarangan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah sejurus selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha. Majlis korban sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat baginda dan sambutan Hari Raya Aidiladha buat julung kalinya juga telah berlangsung di Istana Nurul Iman pada 2016. 


SUMBER : http://mora.gov.bn/



Attachments