PADA tahun 2015, empat buah perkhidmatan bas baharu jenis Lantai Rendah (Low-Floor Bus) diperkenalkan yang mengambil kira keperluan penumpang-penumpang yang terdiri daripada warga emas dan orang-orang berkeperluan khas. Dengan adanya bas-bas Lantai Rendah tersebut, Kementerian Perhubungan dan Jabatan Pengangkutan Darat dan pengusaha-pengusaha bas berharap dapat menyediakan jenis pengangkutan awam yang sesuai untuk semua golongan masyarakat di negara ini. Terdapat lapan buah jenis bas ini beroperasi di Daerah Brunei Muara sebagai tambahan kepada bas-bas yang sedia ada.
Sumber : Pelita Brunei, edisi Isnin 5 Jun 2017.