Ruj. Tahukah Awda? 230526

23/05/2026

NEGARA  Brunei Darussalam (NBD) pertama kali menyertai Sukan SEA pada tahun 1977 di Kuala Lumpur dan buat pertama kalinya juga NBD menjadi tuan rumah bagi temasya sukan berprestij, Sukan Asia Tenggara (Southeast Asian [SEA] Games) Ke-20 yang diadakan pada 7 -15 Ogos 1999. Maskot Rasmi Sukan SEA Ke-20 di NBD dikenali sebagai Awang Budiman manakala logo rasmi adalah berbentuk Obor. Upacara Pembukaan Sukan SEA Ke-20 dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,  Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 


SUMBER : Pelita Brunei, edisi 1999.

Attachments