Ruj. Tahukah Awda? 090526

09/05/2026

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menjadi pelabur pertama dalam Tabung Amanah  Islam Brunei  (TAIB). Baginda bertitah demikian semasa berkenan melancarkan TAIB di Bangunan Pusat Komersial dan Perdagangan Bumiputera. Baginda juga berharap supaya orang ramai di negara ini sama-sama memberikan sokongan untuk sama-sama melabur dalam TAIB. 


SUMBER : Pelita Brunei Edisi September 1991.

Attachments