Ruj. Tahukah Awda? 180426

18/04/2026

​PERKHIDMATAN Perpustakaan Bergerak mula diperkenalkan di negara ini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 Ogos 1979  dengan perhentian  pertama di Sekolah  Melayu Sengkurong. Ia menyediakan perkhidmatan peminjaman dan rujukan buku, bertujuan meningkatkan budaya membaca dengan lebih aksesibel. Perkhidmatan ini mempunyai 77 pusat perhentian setakat Mac 2026, yang merangkumi sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di seluruh negara.


SUMBER:dbp.gov.bn

Attachments