Ruj. Tahukah Awda? 140326

14/03/2026

BAGI menyambut awal bulan Ramadan ditembakkan sebanyak 21 das tembakan selepas sembahyang Maghrib untuk menandakan pada esoknya berpuasa. Jika awal Ramadan ditentukan kerana anak bulan telah kelihatan, maka tembakan meriam itu akan dilakukan pada malam permulaan Ramadan. Dalam bulan Ramadan ditembakkan satu das menandakan waktu berbuka puasa dan satu das bagi menandakan waktu mula sahur. Pada akhir bulan Ramadan ditembakkan sebanyak 12 das bagi menandakan pada esoknya 1 Syawal


SUMBER:Buku Adat Istiadat Diraja Brunei.

Attachments