BADUK merupakan gendang besar yang diperbuat daripada sebatang kayu keras atau pohon kayu seperti kayu marak, kayu menggaris, kayu kapur atau kayu madang. Bahagian permukaannya ditutup dengan kulit binatang yang dipanggil Sahab. Sahab diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit kerbau, lembu atau rusa yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Suatu ketika dahulu, baduk digunakan bagi menandakan waktu berbuka puasa (bersungkai). Selain itu, badukjuga digunakan bagi menandakan waktu bangun sahur, waktu menandakan nampaknya anak bulan Syawal dan juga digunakan bagi mengumumkan berita dukacita (kematian).
SUMBER Pelita Brunei edisi April 2021