Ruj. Tahukah Awda? 140226

14/02/2026

LIVING fossil ditemukan di Negara Brunei Darussalam (NBD). Borneo Earless Monitor (Lanthanotus borneensis) adalah sejenis biawak endemik Borneo  yang  jarang ditemui,  satu-satunya spesies yang  diketahui dalam keluarga  Lanthanoidae, spesies biawak purba. Ia merupakan spesies haiwan monitor tanpa telinga yang mampu mendengar, walaupun  ia tidak mempunyai telinga luaran yang boleh dilihat. Sama seperti ular, haiwan berkenaan mempunyai  lidah bercabang  yang  digunakan untuk menghidu makanan mereka. Ini adalah kali pertama spesies biawak berkenaan ditemui di NBD. Spesies biawak berkenaan adalah haiwan yang dilindungi sepenuhnya oleh Akta Hidupan Liar Brunei 1984. 


SUMBER : Pelita Brunei, Oktober 20.

Attachments