KEMENTERIAN Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian
Pengangkutan dan Infokomunikasi telah memperkenalkan
Brunei Identiti Digital, ringkasnya BruneiID iaitu sebuah
sistem identiti digital kebangsaan yang berfungsi sebagai
pengenalan peribadi individu dalam versi digital. BruneiID
membolehkan rakyat dan penduduk melakukan pengesahan
identiti secara digital semasa mengakses perkhidmatan kerajaan
dalam talian, menggunakan mekanisme log masuk tunggal yang
disokong oleh pengesahan biometrik.
SUMBER : Pelita Brunei, Januari 2026.