Ruj. Tahukah Awda? 310126

31/01/2026

​​PENUBUHAN Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa keberangkatan baginda  ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1436 Hijrah / 2015 Masihi pada 11 Rejab 1436 bersamaan 30 April 2015 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Antara tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada orang ramai di negara ini khasnya umat Islam untuk sama-sama bertanam saham serta dapat turut menikmati manfaat akhirat yang sangat-sangat dihajati. SUMBER : https://www.mora.gov.bn

Attachments