BENDERA Negara Brunei Darussalam dalam bentuknya yang
ada sekarang kecuali lambangnya telah digunakan semenjak
tahun 1906 ketika Brunei menjadi naungan berikutan dengan
satu perjanjian yang ditandatangani di antara Brunei dengan Great
Britain. Lambang itu telah ditekatkan dalam tahun 1959 selepas
Pemasyhuran Perlembagaan yang bertarikh 29 September 1959.
Sebelum tahun 1906, Negara Brunei tidak mempunyai bendera
kebangsaan tetapi bendera-bendera perseorangan atau panji-panji
peribadi banyak digunakan.
SUMBER: Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei
Darussalam.