BIRO Mencegah Rasuah (BMR) ditubuhkan pada 1 Februari 1982 oleh Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia di bawah Perintah Darurat (Pencegahan Rasuah)
1981. Pada tahun 1984, berikutan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam
(NBD), undang-undang NBD telah disemak semula dan Perintah Darurat (Pencegahan
Rasuah) 1981 sekarang dikenali sebagai Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131).
Sejak penubuhannya, BMR telah menggunakan dan memperkenalkan langkah-langkah
dan pendekatan di dalam usaha untuk mencegah rasuah dan juga meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang bahaya rasuah. Antara program-program yang
dikendalikan ialah ceramah, dialog, promo-promo televisyen dan pengedaran risalah.
SUMBER: Melayu Islam Beraja dalam Membanteras Rasuah.