Ruj. Tahukah Awda? 030126

03/01/2026

KOMPLEKS Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Kompleks Yayasan) merupakan salah sebuah bangunan komersil terbesar di tengah-tengah Bandar Seri Begawan dengan keluasan lantai kira-kira 110,305 meter persegi. Kompleks Yayasan ini merupakan satu projek pelaburan dalam bidang harta tanah yang dikendalikan oleh Yayasan dan hasil pendapatan daripada pelaburan ini digunakan bagi membiayai projek amal yang diusahakan Yayasan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan merasmikan Kompleks Yayasan ini pada 4 Rabiulakhir 1417 Hijrah bersamaan 19 Ogos 1996 Masihi. 


SUMBER : Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolki h

Attachments