Ruj. Tahukah Awda? 20122025

20/12/2025

​GO-RUSH, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan Perkhidmatan Penghantaran Farmasi di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang bermula pada bulan Februari 2019. Kesemua ubat-ubatan akan dihantar melalui perkhidmatan ini kecuali ubat-ubatan dan psikotropik yang terkawal. Ubat-ubatan yang dibungkus oleh Jabatan Farmasi akan disimpan dalam beg yang tidak mudah bocor, terjamin dan selamat. Terdapat dua jenis perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan iaitu Standard (penghantaran dua ke tiga hari) dan Express (penghantaran pada hari yang sama).


SUMBER : Pelita Brunei

Attachments